Sudin bin Wahab

Datuk Sudin Wahab merupakan ahli politik Malaysia dari parti PAS dan kemudian Parti Hizbul Muslimin Malaysia / (HAMIM) .Beliau memulakan karier sebagai seorang guru sebelum menyertai Pilihan raya umum Malaysia 1974.Jawatan terakhir sebagai seorang Guru Besar Sekolah Kebangsaan Naka di Padang Terap, Kedah.Dalam pilihanraya umum 1974 , beliau menjadi calon bagi (PAS- BN)bagi Dun Langgar-Limbong dalam kawasan Parlimen Kota Setar. Beliau pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah dan Ketua Penerangan Pas Pusat.Semasa Pas menjadi komponen BN (1974-1978), beliau telah dilantik sebagai exco dalam kerajaan Kedah (1974-1978).Selepas berlakunya krisis politik di Kelantan pada tahun 1977, Pas telah keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pilihan raya umum Malaysia 1978 secara bersendirian.Sudin Wahab menjadi wakil rakyat Pas penggal yang kedua selepas menang di Dun Langgar Limbong (1978-1982).Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 beliau menjadi calon Pas bagi Parlimen Padang Terap dan Dun Pokok Sena namun tewas dikedua-dua kawasan.Selepas berlaku krisis kepimpinan dalam Pas pada penghujung tahun 1982 (dimana Datuk Mohd Asri bin Haji Muda telah meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Pas akibat tekanan golongan muda dalam parti untuk mewujudkan kepimpinan ulamak).Rentetan daripada peristiwa ini maka 13 pemimpin Pas telah dipecat dan digantung keahlian mereka oleh pemimpin baru Pas yang diketuai oleh Hj Yusuf Rawa.Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 beliau selaku Presiden HAMIM telah bertanding di parlimen Kubang Pasu (atas tiket Parti S 46) berdepan dengan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad. Tahun 1982 juga, Sudin Wahab bertanding peringkat DUN Pokok Sena tapi tewas kepada Tan Sri Syed Ahmad Shabuddin . Datuk Sudin Wahab mendapat 12329 undi, Syed Ahmad mendapat 18,637 undi dengan majoriti 6308 undi. [1]